Syamil dalam kenangan...
Firman Allah SWT: “setiap yang bernyawa pasti merasai mati”.
Suatu janji yang pasti buat semua makhluk yang bernyawa. Kita milik-Nya, apabila tiba saat dan detik yang dijanjikan kita pasti pulang kepada Khaliq yang agung. Tarikh kematian setiap makhluk tidak dapat diketahui oleh sesiapa pun termasuk para malaikat kerana ianya termasuk salah satu daripada lima perkara yang menjadi rahsia dan hanya diketahui oleh Allah SWT sahaja.
Lima perkara tersebut adalah:
1. Saat berlakunya hari kiamat
2. Saat turunnya hujan
3. Apa yang terkandung dalam rahim ibu
4. Apa yang akan dilakukan oleh seorang hamba pada esok hari
5. Di bumi mana seorang hamba-Nya akan mati.
Marilah sama-sama melengkapkan diri kita dengan amalan yang secukup-cukupnya agar kita dapat ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman kelak.
Baginda Rasulullah, Muhammad SAW telah meninggalkan pesan...
Tatkala mati seseorang anak Adam itu, 3 jenis amalan yang memberikannya dividen pahala yang pasti tidak akan berhenti :-
1. Ilmu yang bermanfaat
2. Sedekah jariah
3. Anak yang soleh
Justeru… kita harus sedar bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah bersifat sementara. Akhirat jua yang kekal abadi… Jadikan dunia ini tempat untuk kita mencipta pelaburan yang memberikan kekayaan & kemewahan pahala buat kita apabila bertemu ilahi.